Thursday, September 6, 2018

Kawasan Air Terjun Yang Menarik Di Perak

1. Air Terjun Ulu Kenas

air terjun ulu kenas
Air Terjun Ulu Kenas merupakan lokasi yang menarik untuk dilawati. Keindahan alam semula jadi yang terdapat di lokasi ini boleh dinikmati pelancong yang ingin bercuti dengan menikmati kedinginan air terjun. Air Terjun Ulu Kenas mempunyai lokasi yang amat sesuai untuk percutian bersama keluarga. Keadaan air yang tidak terlalu deras dan landai bersesuaian untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Lokasi ini dikhabarkan belum pernah mengalami kemalangan yang meragut nyawa pengunjung amat sesuai untuk golongan beriadah dengan keselamatan yang terjamin. Lokasi air terjun ini terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Kuala Kangsar memudahkan pengunjung untuk datang ke lokasi ini. Oleh itu, peluang ini tidak harus dilepaskan sebagai destinasi percutian bersama keluarga.


2. Air Terjun Sungai Bil

Air Terjun Sungai Bil

Negeri Perak juga dikenali dengan banyak lokasi air terjun yang menarik. Antaranya ialah Air Terjun Sungai Bil yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Terletak lebih kurang 24 kilometer ke arah utara Tanjung Malim pasti tidak menyukarkan pengunjung untuk datang ke lokasi ini. Lokasi ini disediakan dengan kemudahan kepada pengunjung seperti tempat berehat, kedai makan, tandas, surau, kawasan perkhemahan, parkir kenderaan yang akan memberi keselesaan. Kawasan ini juga merupakan tempat yang digunakan sebagai lokasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan beberapa program lain membuatkan kawasan ini terjamin kebersihannya


3. Air Terjun Lata Kijang

Related image

Lokasi air terjun seterusnya ialah Air Terjun Lata Kijang yang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 850 meter. Lokasinya terletak di daerah Chenderiang kira-kira 18 kilometer daripada pekan Tapah pasti memudahkan pengunjung untuk mencari lokasi ini. Air Terjun Lata Kijang ini dapat dilihat oleh pengunjung daripada lebuh raya Utara-Selatan kerana ketinggiannya ini seakan melambai untuk datang menikmati kedinginan air terjun tersebut. Di samping, aroma hutan yang menghijau pasti memikat hati pengunjung untuk mengeksplorasi keindahan flora dan fauna yang terdapat di lokasi ini. Kemudahan seperti parkir kenderaan, surau, gerai jualan dan tempat istirahat pastinya memberi keselesaan. Oleh itu, pengunjung perlu memilih lokasi ini sebagai destinasi idaman ketika bercuti di Perak.

4. Air Terjun Lata Iskandar

Image result for Air Terjun Lata Iskandar

Air Terjun Lata Iskandar merupakan destinasi seterusnya yang perlu anda terokai apabila bercuti ke Perak. Keindahan air terjun ini dihiasi dengan kesuburan flora dan fauna pasti memberi ketenangan kepada pengunjung apabila mendengar deruan bunyi air terjun yang turun. Air terjun ini terletak di Cameron Highland iaitu 15 kilometer dari pekan Tapah pasti memudahkan pengunjung untuk mencari lokasi ini. Lokasi ini juga turut disediakan dengan kemudahan asas seperti parkir, surau dan sebagainya akan memberi keselesaan kepada pengunjung di samping itu pengunjung boleh melihat atau membeli hasil kraf tangan penduduk tempatan yang terdapat di gerai  jualan. Seni pembuatan kraf tangan ini sesuai dijadikan cenderamata kepada sanak saudara apabila pulang dari bercuti di Perak.


sumber : myMalaysianPost



ANDA NAK #SEWA #KERETA #MPV #MEWAH DI SEKITAR #MANJUNG #LUMUT #SITIAWAN ???


.
šŸš— Kereta Sewa Manjung & Chauffeur Service
šŸ“ž 019-3112414 / 011- 32431799
šŸ“±www.wasap.my/60193112414/HargaSewaanKeretaJuly
šŸ“ŗ www.lumutcarrental.com
šŸ  Lokasi DI HADAPAN Aeon Manjung, Sebelah Warung Awok.
šŸš’ List Kereta dan harga seperti di website atas šŸ‘†šŸ»
#HZRental
#ChoiceToTravel
#ManjungCarRental
#KeretaSewaManjung
#TheBestCarRentalInTown





0 comments:

Post a Comment

 

KERETA SEWA MURAH LUMUT Template by Ipietoon Cute Blog Design