
Restoran ini merupakan kedai makanan india utara yang halal. Menu seperti Puri, Roti Naan, Nasi Beriani dan Kari Ikan yang dihidangkan mendapat pujian dan feedback yang positif daripada pelanggan yang datang
Antara yang paling digemari ialah Puri kerana teksturnya yang lembut dan sedap. Suasana di restoran juga sangat mewah, bersih dan selesa.
2. Mee Udang dan Ketam Sempoi di Raja
Restoran Mee Udang dan Ketam Sempoi Di Raja ini terletak di Tanjung Rambutan menjadi daya penarikan di Ipoh terutama kepada penggemar makanan laut. Restoran ini menyediakan pelbagai pilihan udang ketam seperti udang galah, udang harimau, ketam nipah, king crab dan banyak lagi. anda boleh memilih sendiri saiz dan menu masakan untuk hidangan udang dan ketam yang dipilih seperti Ketam Masak Cili, Udang Masak Halia.\
Alamat : No 51, Lorong Sungai Choh 10, Taman Tanjung Perdana Ulu Kinta, Tanjung Rambutan 31150 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi : 3.30 pm - 11.30 pm
3. Ipoh Hainan Chicken Rice
Hidangan nasi ayam di Ipoh Hainan Chicken Rice berlainan daripada nasi ayam biasa. mereka menyediakan dalam 2 pilihan sama ada roasted(bakar) atau steamed (kukus). Nasinya yang dinamakan Butter Rice dimasak dengan air rebusan ayam.
Dilengkapi dengan kemanisan sos cili yang sangat sedap. jangan ragu-ragu kerana restoran ini telah mendapat pengesahan halal daripada Jakim
Alamat : 107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak.
waktu Operasi : 8.30 am -10.30 pm
4. Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung
Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee sangat sesuai bagi mereka yang menggemari ayam kampung. Nasinya yang lembut dan berlemak berserta sambal yang sangat sedap dan tentu sekali ayam kampung yang dihidangkan panas-panas menyebabkan tempat ini mendapat permintaan yang sangat tinggi.
Terdapat juga pencuci mulut disini juga yang menambat hati para pengunjung seperti Pulut Mangga, Bubur Kacang Hijau dan Pengat Pisang.
Alamat : 43-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi : 3.30 pm - 2.30 pm
5. Restoran Simpang Tiga
Restoran yang terletak di Greentown Square terkenal dengan Nasi Padang yang berasal daripada indonesia dan memang susah dicari yang betul2 sedap di Malaysia
Antara pilihan lauk-pauk yang disediakan ialah Gulai Ayam Kampung, Ayam Penyet, Ikan Pekasam Loma, Gulai Nangka dan macam-macam lagi. Kleazatan menu masakan disini dengan harga yang sangat berpatutan amat berbaloi.
Alamat ; D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh Perak.
Waktu Operasi : 11.00 am- 11.00 pm
SUMBER : PAKAR PERCUTIAN
ANDA NAK #SEWA #KERETA #MPV #MEWAH DI SEKITAR #MANJUNG #LUMUT #SITIAWAN ???